Thursday 3 October 2013

Target Practice Alarm Clock

Hai Assalamualaikum dan selamat malam Jumaat..Wah jumaat kan mlm ni mlm jumaat wahh..4 kali wahh 5 kali wahhh...phuih xde beza nye bg aku mlm jumaat dgn mlm2 yg lain...
Oh hai lama kan kali ni entry yang terakhir untuk minggu ni sebab besok aku nak g kelantan dgn kawan2 aku :D weeee... Jalan2 sebelum aku akan start busy bulan 11 dan bulan 12 ni... biasala nak cuti kan...

Okay entry kali ni berkenaan barang baik.. is barang baik is barang baik is barang baik... Bagi penggemar tidor lambat dan ingin bangkit tdo awal, korang patut ada alat TARGET PRACTICE ALAM CLOCK ni..sebab apa sebab dia best ( lama dah aku x tgk iklan sebab dia best ni)

Okay sebab apa benda alah ni aku galakkan, tgk gambar je dah tau kan kekeke ( sebab tu orang kata dengan gambar sahaja dah boleh dah menceritakan segalanya).

Pistol ni menggunakan sistem infrared dan tembakannya ada bunyi sound efek lagi tu... Jadi apa lagi meriahkan pagi anda dengan TARGET PRACTICE ALARM CLOCK ni :D

Dekat amazon dorang dah jual murah RM31.27 klu USD9.79







Sumber dari AMAZON

Wednesday 2 October 2013

A Thousand Years - Christina Perri Cover by Jorge, Alexa and Eliana Narvaez

Hai selamat petang :D... tengah2 buat kerja aku boleh lak terklik video ni dkt youtube :)
Aku rasa mcm nak ada anak 2 orang perempuan lak rasanya mcm ni :D comel2 belaka...
Walapun nyanyi tah paper tp ohsem lah bapak dia layan anak2 dia :D





Tuesday 1 October 2013

Goron tablet cushion: Play games comfortably lying down

Assalamualaikum dan hai blogger2 semua :)
Rasanya dah berapa hari dah x update  blog ni kan...okey kali ni nak update skit je pasal barang ni
GOBLOT TABLET CUSHION
Memandangkan sekarang ni zaman serba canggih dan semakin malas org nk bergerak ke sana ke mari. lagi2 bila nak beronline atau bermain game di tablet dan telefon pintar masing2. 

Goron Tablet Cushion ini telah dipertontonkan di Tokyo Gaming Show. Ia boleh digunakan ketika duduk, telentang baring menonggeng dan mcm 2 cara lagi lah yang korang boleh praktikkan. 
harga benda alah ni cuma RM 644 seunit ..ohsem kan 

Nanti xde lah ipong,samsung,htc,sony,tablet korang jatuh tergolekdog bila korang berguling2, baring semasa main game atau online... selamat membeli




Sumber dari Cnet

Friday 27 September 2013

KERETA PROTON SANGAT OHSEM

Hai selamat petang uols...entry kedua untuk hari ni :)
Berkenaan dengan kereta proton kereta produk negara, mungkin ramai yang x tau bahawasanya kereta proton ni telah pun diguna pakai di luar negara.

Korang mesti dah biasa tengok kereta PROTON ni digunakan sebagai kereta peronda PDRM. Tapi dekat dalam blog aku ni, aku nak bagi tau kereta PROTON ini telah digunakan Police Humberside, Yorkshire England.

Ternyata namapak lagi ohsem dari kereta peronda PDRM kekekeke..x nak cakap banyak tengok ler sendiri gambo2 nye yer

Sumber dari WIKIPEDIA





Projek Shoot Tudung Kawan-Kawan

Hai assalamualaikum dan selamat hari jumaat...Macam mana hari ni korang..aku kat opis ni suam2 gigi jer... tgh buat rujukan untuk shoot tudung member aku dekat shah alam besok pagi :)
Aku sebenarnya minat dgn tudung ni, tp tu lah aku cuma boleh shoot je, nak pakai x boleh pulak kan :D

Jadinya hari ni lepas sembahyang jumaat aku buat reference sikit dekat butik online ni yang bernama HER by LYNDAROSLAN

Banyak lagi butik2 online yang lain aku survey, tp cukup lah ni je aku buat sample, buat apa nak banyak2 nanti buat pening jer.. Okay bagi awok2 yang berminat nak beli tudung tu boleh la view web yang saya bagi tadi...Tudung2 dorang semua cantik2, termasuk lah orang pakai tudung tu :P ... Kalau x silap aku orang yang pakai tudung tu wife kepada Aizul Marcello... Dia ni pun photographer, merangakap photographer utk butik online wife dia :D

Gambar2 kat bawah ni je aku buat rujukan untuk aku shoot besok... Nanti dah siap shoot besok aku akan update yer...Mungkin aku akan x update sabtu, ahad dan isnin :) okey jumpa nextweek :D





okay selamat membeli belah secara online yer awok2 :D

Thursday 26 September 2013

Creative Thinking From Jason Lee

Hai selamat petang uols... kali ni membuak2 pulak aku nak update blog...siot je kan keje x siap lagi tapi nk update blog kemain lagi... kikiki aku rsa seronok pulak bila terbaca artikel pasal Jason Lee..korang mesti x tau kan sape dia ni... aku pun baru je tau dia ni sebab terbaca dalam blog...

Yang best pasal Jason Lee ni sebab gambar2 yang diambil olehnya...Jason Lee ni pada asalnya ada seorang wedding photographer...Beliau start taking picture anaknya masa tahun 2006... lama gak kan ( time ni aku baru form 4 kot )

Kebanyakan idea utk gambar2 ni datang dari anak2 perempuan beliau Kristin dan Kayla... aku harap nanti kalau aku kahwin nanti dapat anak2 comel aku pun nak buat mcm gini jugak lah...tp x tau lah masih trend lagi ke x zaman aku kahwin ada anak nanti kekeke
























kalau korang semua nak tengok lagi banyak gambar yang ditangkap oleh Jason Lee ni boleh lah tgk kat sini

Wednesday 25 September 2013

Awesome Red Hong Yi


Assalamualaikum dan selamat pagi makcik yang belanja nasi lemak dekat aku pagi tadi kikiki...
Biasa lah duit kecik tade kita bagi la duit besar... Bila bagi duit besar, makcik tu pulak xde duit kecik, haa camne tu, last2 acik tu pun belanja aku kekekek...mudah2an murah rezeki makcik tu :D

Okay kali ni aku nak bercerita pasal artist dari malaysia ni...yang ni bukan artist nyanyi2 tau, dia seorang yang sngat art...aku teruja bila tengok instagram dia, banyak artwork2 yang very the OHSEM tauuuu...


nak tengok dia nah nindia

Cantik kan dia..tp kisah apa aku dia cantik :D aku cuma suka tgk artwork2 dia jer :D




Kat bawah ni adalah sedikit artwork yang dia dah buat, ohsem kan ? mcm gitu pun boleh buat art, kalau nk suruh aku memang x lah :D








korang boleh view artwork beliau dkt sini 
instag beliau pulak nah


SLYPHONE : TANGKAP GAMBAR ALA2 JAMESBOND (Sembunyik2 letu :D)

Hah tipu lah kalau korang xde perasaan nak tangkap gambar orang senyap2 kan, lagi2 bila duduk berdepan  , rasa nak sangat tgkp gambar tp x boleh, jangan risau semuanya ada penyelesaiannya...

Aku boleh memastikan bahawa korang2 ni pun sama je macam aku...suka tangkap gambar senyap2 ...

Tapi aku x skodeng gambar awek :D , aku suka tangkap gambar kucing, burung2, ayam belanda dan kodok kekekeke...

Bagi abang2, kakak2, adik2, makcik2 dan pakcik2 yang nak tangkap gambar secret admire tetapi takut KANTOL, nah nin dia produk bernama SLYPHONE...

Ianya berfungsi seperti periskop yang membenarkan anda mengambil gambar orang dihadapan anda secara rahsia..

Harganya murah je bagi sesape yang nak sangat beli kan..Mahal macam mana pun dorang ttp anggap murah jugak :D.. kalau nak beli ianya dijual pada harga RM62 (USD 19) sekeping..

Nak beli nah linknya




apa lagi beli beli beli.... BELI BELI BELI...MURAH MURAH MURAH

INI VERY THE OHSEM - STUDY CUBE : KUBIKEL UNTUK PELAJAR DI KOREA SELATAN

Assalamualaikum dan selamat hari Rabu...

Dari semalam hingga ke hari ni banyak cerita pasal Bini Matyo (Nor Shahrul Idlan Talaha) . Tapi aku x berapa berminat nak bercerita pasal dia.. buat apa nak cerita pasal dorang xde pekdah pun, baik g petik buah pelam epal pastu cicah dengan kicap lagi sedap kan :D kekekeke..

Buah Pelam sedap di makan menjilat jari hauhauhau


Okay berbalik pada tajuk entry, aku cuma nak bercerita pasal budak2 di Korea Selatan... Saingan untuk mendapat tempat di IPT (aku rasa IPT kot dorang panggil gak :D) adalah sangat padu (sengitlah kiranya)..
Jadi ibu bapa mereka sanggup bebelanja lebih bagi memastikan anak2 mereka dapat belajar dengan suasana paling optimum.
STUDY CUBE ini menjadi kegilaan ataupun trending di Korea Selatan..kalau dkat KOKDIANG aku x tau lah trending ke x (jgn marah org kokdiang :D).. Study Cube ni ada sebuah bilik kecil yang dikatakan dapat memastikan pelajar tidak mudah diganggu ketika menelaah bahan2 ilmiah...
Ianya dilengkapi dengan buku2 lampu LED, meja belajar, sistem aliran udara dan FOOT MASSAGE (yg ini paling ohsem wakakak)

STUDY CUBE ini dijual dengan harga RM7133 kalau di konvert USD jadi la USD2200...
Persoalannya adakah mak bapa korang sanggup membeli benda alah ini bagi memastikan korang menjadi pelajar cemerlang..

Tepuk dada tanyalah mak ayah korang kekekeke



Aku x pernah rasa pun nak beli benda alah ni kalau aku ada anak kekeke


Monday 23 September 2013

KENGURU- Kereta OKU ini sepatutnya dijual murah2 jer dkt MALAYSIA :D

Hai dan assalamualaikum.. Selamat petang isnin..hari ni hari yang sangat menggembirakan hati aku kerana apa? kerana aku telah mendapat saman paking kereta buat kali ketiga hauhauahu..

kihkuhkih xde kene mengena dgn tajuk entry kali ni :D... kali ni punya entry berkisarkan tentang kenderaan utk golongan orang OKU... Aku cukup suka bila ada syarikat yang berjaya membuat kereta sebegini untuk golongan OKU... Yelah aku asyik tgk golongan2 ini masih lagi tidak dapat berdikari kerana kekurangan upaya mereka..

Bagi aku kereta ini dapat memudahkan bagi mereka untuk bergerak ke sana dan ke sini tanpa bantuan orang lain.. mereka pun hendak juga hidup berdikari, tidak mau menyusahkan orang lain..\

Kenguru ialah sebuah kenderaan mesra bagi OKU yang menggunakan kerusi roda... Ianya dicipta di Hungary... kenderaan elektrik ini telah dilengkapi dengan pintu belakang yang memudahkan golongan
OKU ini utk keluar masuk kedalamnya..

Semua controller boleh diakses dkt bahagian stereng kereta tersebut... Hanya 48 KM Sejam dah cukup dah bagi mereka untuk bergerak ke sana ke mari tanpa bantuan orang lain... cuma kenderaan ini boleh bergerak sejauh 60 KM sahaja maksimum.. lepastu cas lah balik :D




nampak kan betapa ohsemnya kenderaan ni




Thursday 19 September 2013

Hari IOS 7

RasAssalamualaikum.. Kom apa kombet bet bet apa betmen men apa mentol tol apa tolak lak apa lakse se apa sepak pak pakhang :P
 Hahaah jangan marah yer sedara sedari cikebum cikebum... Hari ni ramai yang kecoh kecih berceritakan tentang ios7... Ni kalau ceritakan dkt mak aku pasal ios7 pasti mak aku xtau, yg mak aku So7, lagu topnya sephia kikikiki...
X ada apa pun yang bestnya pakai Ips7 ni, sama je mcm pakai henpon 3310 xde beza apa pun... Mulanya aku x teringin pun nk update ios tapi atas desakan rakan2 maya yang sering menghapllod gambar updating version di sana sini, aku jd lebih terancam tiba2 aku tertekan update version jugak hauhauhau jadi aku pun telah menjadi IOS7 .... Terasa mcm hebat sgt je walhal xde apapun... Dah lah update lama giler nak skt sejam aku nunggu habis update , habis quota broadband aku utk ko je IOS7....
Klu nk tgk aku punya wallpaper nah nindia simple mimple jer aku punya wallpaper kan...xde letak gambar awek, malwe,makwe,halwe,gepren,kekasih apa2 jah
Tgk biasa je kan xde apa2 pun, semua nk kecoh2.. Tau lah awom semua kaya pakai ipong ori, kawe pakai ipong china pun boleh update tau... Update status lah tapi hauhauhau... Oklah awok semua selamat beristirehat... Bagi yang dah berkahwin selamat beristerirehatdanrawat yer... Kawe pun nk kawin gak x lama lagi.. X lama lagi.. X lama lagi... Kihkihkih

Thursday 12 September 2013

Fenomena Demam Fotografi Di Kalangan Mahasiswa




Semua orang mempunyai hobi apatah lagi hobi itu boleh menambahkan lagi pendapatan sampingan seperti contoh Bisnes Online, Jual tudung Online, jual macam2 lagi lah heeeee. Tetapi pada masa kini hobi yang cukup di minati ialah PHOTOGRAPHY dan cara sebutnya sepertimana lecturer saya ajar PHE-TO-GRAPHY. Hah begitula cara sebutannya wink2x. Hobi dalam bidang fotografi ini sangat diminati ramai bagi kalangan mahasiswa dan juga mahasiswi mahupun orang tua kan katanya .
Ada juga yang mengatakan hobi ini adalah hobi yang memerlukan kewangan yang mantap dan juga tidak mudah untuk dipelajari oleh mahasiswa kerana hendak memerlukan kamera sahaja sudah menggunakan ringgit malaysia ribu-ribuan, namun ternyata mahasiswa sanggup menggadaikan nyawa untuk memilikinya hehehehe. Pada masa kini juga terdapat banyak kelab, persatuan fotografi dan penggiat2 yang aktif dalam bidang fotografi.
Boleh dikatakan hobi ini juga dapat sudah menjadi life style tersendiri bagi kalangan mahasiswa. Ada juga mahasiswa yang menjadikan hobinya ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka yang cukup lumayan. Ibarat “sambil menyelam minum air dan boleh juga alang-alang menyeluk pekasam biar sampai dekat tempat kene BCG hehehe”.
Namun apakah yang akan terjadi sekiranya mahasiswa-mahasiswa yang terlalu obses dengan hobinya ini sehinggakan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Adakah hobi ini yang dipersalahkan dan apa yang harus mahasiswa lakukan?jadi tepuk dada tanya la selera apa yer???wink2 x :P

Fotografi itu karya seni, jika ini dipelajari dengan baik dan mempraktikkannya sudah tentu ianyan akan mampu menjadikan salah satu pekerjaan yang sangat menguntungkan, kiranya boleh jadi bisnes men, tetapi mesti lah disandarkan dengan daya usaha yang kuat yer... ingat yer untuk menjadi insan yang cemerlang datang dari akal hati yang tenang dan jiwa yang mantoppp!!!!! Selamat beramal semuaFe

Kenapakah Anda Perlu Membayar JuruGambar Anda

                                          UNTUK APAKAH ANDA MEMBAYAR JURUGAMBAR ANDA


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.