Thursday 18 July 2013

Resipi buat kuah yong tau fu


Assalamualaikum dan selamat malam. Dah lama aku x menulis kat blog ni maklumlah bulan ramadhan bulan yang sangat sibuk bagi aku dan mak abah aku.. Ramadhan kali ini sangat berbeza bagi aku kerana tiap kali sahur aku akan masak atau tolong mak aku siapkan juadah utk bersahur :) best kan pandai masak ni :) (padahal main campak2 je pun dlm kuali janji ada rasa)
 Untuk entri kali ini aku nak share sikit tentang kuah yong tau fu (bisnes bulan puasa aku kihkihkih). Sedap makan yong tau fu ni time panas2. Dah masuk hari ke 8 berpuasa dan juga hari ke 8 aku berniaga yong tau fu ni . Untuk makluman aku dapat petua buat kuah yong tau fu ni pun dari encik google :D
Rajin2 lah tanya encik google klu nk mencuba tips yg lain :). Dekat bawah ni aku ada terangkan sedikit tentang bahan2 dan cara penyediaannya :)

 Kuah yong tau fu
Bahan-bahan
+ 200 gram gula merah 
+ 1 cawan kicap lemak manis
+ 1 sudu besar petis udang
+ setengah cawan sos plum
+ 2 sudu besar sos tiram
+ 1 cawan taucu manis
+ 7 tangkai cili merah (dikisar)
+ tepung jagung (pekatkan kuah)

Cara2 penyediaannya pula :
+ mula2 larutkan gula merah dengan 1-2 liter air sehingga sebati dan tapis
+ kemudian campurkan semua bahan2 lain ke dalam air gula tu kecuali tepung dan masak dgn api kecil
+ pastikan juga rasa sos tu dah cukup manis kalau kurang tambah gula atau bahan2 lain yg rasa kurang
+ akhir sekali bila sos dah mendidih masukkan bancuhan air tepung jagung utk memekatkan kuah kacau sebati
+ lepastu masukkan lah bahan2 yong tau fu itu seperti bebola ketam, sayur, kerang, otak2, ikan dan mcam2 kedalam sup putih. Lepas masukkan apa lagi melantak lah :D




Gambar2 di atas adalah bahan yang untuk di rendam dalam sup putih :)

Gambar hiasan :)

P/s : selamat berpuasa bagi umat islam semua. Saya harapkan ramadhan kali ni dapat mengubah cara hidup saya ( wah katanya mengubah) ☺º°˚˚°ºooK selamat beramal dan selamat menyambut hari jumaat besok :P

Monday 1 July 2013

Nikon Club Get Together - Port Dickson 29 June 2013

Hai assalamualaikum dan selamat tengahari.

Entry kali ni pula berkenaan dengan event yang aku follow pada hari sabtu lepas :)

Aku teruja nak pergi event macam ni sebab dah bosan duduk studio asyik tengok gambar kahwin je hari2. Jadi aku pun amik keputusan untuk pergi ke event tersebut (sanggup x ikt kwn shoot wedding)

Aku datang awal sebenarnya kul 12 sebab aku x tau pukul berapa start lepas call tanya mmbr aku rupa2nya start pukul 3.00 (nampak sngat newbieskan) hahaha.

Event ni diadakan di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Terkejut aku bila registration nama aku xde...hahaha.. nasib baik boleh register dkt situ gak time tu dapat lah aku baju free, wristband dgn sticker kereta.

tu la baju free yang aku cakapkan..sticker dgn wristband aku dah selamat gunakan
















p/s : aku jarang shoot talent jadi gambar biasa2 je, dtg event ni cuma nak tambah kawan2 jer :D

Saya seorang yang simple dan suka senyum

Hai assalamualaikum dan selamat tengahari semua.

Hai saya seorang yang simple sahaja dan boleh nampak lah melalu blog saya ni. Simple je kan hahaha sebabnya aku tak suka dengan kekusutan di dalam blog aku ini dan boleh menampakkan x yang aku ni seorang simple dan kemas katanya kemas..phuiii...

Saje je post entry ni sebab nak bagitau kenapa blog aku simple sangat...

macam ni simple sangat buat aku nampak selekeh hhahaha

p/s : jangan terlalu simple nanti orang ingat kita malas kihkihkih