Untuk entri kali ini aku nak share sikit tentang kuah yong tau fu (bisnes bulan puasa aku kihkihkih). Sedap makan yong tau fu ni time panas2. Dah masuk hari ke 8 berpuasa dan juga hari ke 8 aku berniaga yong tau fu ni . Untuk makluman aku dapat petua buat kuah yong tau fu ni pun dari encik google :D
Rajin2 lah tanya encik google klu nk mencuba tips yg lain :). Dekat bawah ni aku ada terangkan sedikit tentang bahan2 dan cara penyediaannya :)
Kuah yong tau fu
Bahan-bahan
+ 200 gram gula merah
+ 1 cawan kicap lemak manis
+ 1 sudu besar petis udang
+ setengah cawan sos plum
+ 2 sudu besar sos tiram
+ 1 cawan taucu manis
+ 7 tangkai cili merah (dikisar)
+ tepung jagung (pekatkan kuah)
Cara2 penyediaannya pula :
+ mula2 larutkan gula merah dengan 1-2 liter air sehingga sebati dan tapis
+ kemudian campurkan semua bahan2 lain ke dalam air gula tu kecuali tepung dan masak dgn api kecil
+ pastikan juga rasa sos tu dah cukup manis kalau kurang tambah gula atau bahan2 lain yg rasa kurang
+ akhir sekali bila sos dah mendidih masukkan bancuhan air tepung jagung utk memekatkan kuah kacau sebati
+ lepastu masukkan lah bahan2 yong tau fu itu seperti bebola ketam, sayur, kerang, otak2, ikan dan mcam2 kedalam sup putih. Lepas masukkan apa lagi melantak lah :D
P/s : selamat berpuasa bagi umat islam semua. Saya harapkan ramadhan kali ni dapat mengubah cara hidup saya ( wah katanya mengubah) ☺º°˚˚°ºooK selamat beramal dan selamat menyambut hari jumaat besok :P
No comments:
Post a Comment