Thursday 27 June 2013

ROKOK ITU COOL (pheww pheww)

Hai assalamualaikum dan selamat hari jumaat. Ini kali punya entry video pasal rokok :) tapi tidak ada kene mengene pun video ni malahan pula aku tidak hisap rokok aku lebh suka pow Vapor kawan2 aku hehehe.

Kali ni aku nak apelod video mengarut aku semasa aku bekerja as a photodesigner dengan stanza studio..



Enjoy lah tgk video buruk aku ni kihkihkih. Watak2 sampingan dalam video ni sebenarnya baru saje aku kenal x sampai 2,3 hari tp semua ngamho :D enjoy bekerja dengan dorang semua

Wednesday 26 June 2013

Jenis-jenis kawan yang kita harus hindari

Assalamualaikum dan selamat malam (jam 11.43 p.m sekarang ni ;p) dan aku masih lagi dekat opis belum balik2 lagi.

Untuk entri kali ni aku ingat mengongsikan sedikit type of kawan yang perlu dihindari :) . Bukan aku x galakkan untuk berkawan tapi kadang2 kawan kita sendiri pun x pernah nak jaga hati dan perasaan kita.

For sure semua orang pun pernah rasa dibelot kawan, di stepback kawan, ditipu kawan, diperbodohkan kawan, di macam2 lagi lah kan sebab aku pun pernah juga rasa dan alami situasi sebegitu. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga kita kena beware dengan siapa kita berkawan. Bukan memilih kawan tetapi cuba untuk tidak berlakunya pisang berbuah dua kali (kadang2 ada gak berbuah sampai 3,4 kali ) sebab beri second chance pada kawan tu balik tu yang berbuah banyak kali :D

1. Kawan yang mempunyai sifat batu api

Kawan yang macam ni lah boleh membawa nasib malang kita sendiri (tengok dalam drama pun banyak keluarkan cerita pasal kawan mcm ni). Suka menghasut dan menokok tambah perkara yang x sepatutnya ditokok tokok.

2. Kawan yang mementingkan diri sendiri

Kawan yang perangai sebegini aku rasa sangat banyak nisbahnya hehehe, sebabnya apa sometime kita sendiri juga kene pentingkan diri sendiri tapi x semua perkara kita kene pentingkan diri sendiri. Kita kene tengoklah jugak apa yang mengharuskan kita kene selfish dan apa yang x diharuskan. Kita ni hidup bermasyarakat ramai kawan kadi kena lah berkongsi-kongsi kene ada toleransi antara satu sama lain. Kalau dah perangai tak boleh nak kongsi-kongsi x boleh nak tolerate tp nak kawan ikut apa yang disuruh itu lemak tepu lah namanya. Kesimpulannya nanti kene babai dengan kawan :)


3. Kawan yang jenis suka pinjam meminjam

Kawan yang ini pun memang banyak dalam kehidupan kita ni (aku pun x paham kenapa lah dorang x reti nak pulang balik barang yg dipinjam). Agak2nya memang dia dah ditakdirkan hidup asyik meminjam2, berhutang2. Dah la berhutang lepas tu buat2 lupa dengan hutang dia. Cuba lah pikir kalau kawan tu bagi pinjam dan sebenarnya kawan tu pun x cukup duit tapi sebabkan sayangkan kawan terpaksa juga bagi. Kadang-kadang kita tak berkira pasal hutang ni tapi bila asyik pinjam lupa pinjam lupa tu namanya QWERTYUIOP hahahaha kalau x nak bayar hutang jangan lah meminjam atau berhutang.

4. Kawan talam 18 muka (HIPOKRIT)

Alhamdulillah aku rasa aku x pernah kene atau aku yang x tau aku dah diperkenekan cuma aku je buat x ambil tahu :). Depan cakap lain belakang cakap lain. Aku dapat rasa perasaan seperti ini hanya Allah saja yang tau. Oh aku pernah rasa peristiwa silam ni kihkihkih (benda lepas buat xtau je lah). Kalau nak bercerita pasal kawan tu cuba2 lah beringat yang kita sedang menfitnah orang berdosa besar tu jadi bawa2 lah bertaubat yer :)

p/s Aku bukannya nak cakap x patut kawan dengan orang berperangai sebegini cuma beringat2lah.
Kalau dah terkene tu baru nak nyesal2. Jadi kalau ada kawan yang perangai macam ini bawa2 lah dia ke masjid suh dia bertaubat :). Nasihatkan lah beliau secara waras jgn nak marah2 :D




Monday 24 June 2013

LIKE FANPAGE ZRPHOTOSTATION

Assalamualaikum dan selamat malam bloggers :).

Okay entry kali ini adalah berkaitan dengan bisnes yang aku buat secara sepenuh masa dari zaman study hinggalah sekarang :)

Bagi kepada blogger2 mustahillah takde facebook kan :) jadi apa kata kalian rajin2 lah tekan butang like dkt page saya tu nanti yer :)

Fan page saya di facebook adalah ini


Uols semua boleh klik link ini -> www.facebook.com/zrphotostation. Boleh je kalau taip di facebook zrphotostation sahaja.

Itu sahaja untuk update malam ini see u tomorrow :)



RULE OF THIRDS

Asas komposisi dalam fotografi amat penting. Walaupun ianya nampak macam tak berapa canggih, tapi sedikit sebanyak boleh memberikan perbezaan kepada penampilan sesuatu imej fotografi.

1. Rule of Thirds

Salah satu asas yang utama dalam fotografi dan mana2 bentuk seni tampak. Jurufoto yang berpengalaman (bukan Camera man ok!), memang guna peraturan ni.. berdasarkan pengalaman saya, ia memberikan kesan yang baik dan foto nampak lebih menonjol berbanding biasa.

Cemana? Masa nak tangkap gambar dah tentu pasti subjeknya, bahagikan imej kepada sembilan bahagian. Contoh mcm dibawah..

Mata kita memang akan memfokuskan kepada setiap persimpangan garisan2 tegak dan melintang. Dalam contoh potret di atas, saya telah menyunting foto ini mengikut peraturan ini, yang mana titik fokus saya adalah matanya.. jika dilihat, seolah2 hampir ada pertentangan mata antara subjek dengan kita kan?

RO3 ni ialah peraturan yang telah di tetap kan atau di cadangkan di dalam fotografi dimana, ianya mencadangkan supaya kedudukan subjek korang atau daya tarikan utama di dalam gambar korang harus lah berada di dalam satu atau lebih pada titik yang bertindih . Titik yang bertindih itu terhasil daripada 2 garis tegak dan 2 garis melintang yang korang perlu bayangkan di dalam di dalam framing korang.
Perasan bagaimana 2 garis tegak dan melintang itu berada di dalam framing korang? Haaa… tu lah die RO3… Titik yang di maksudkan ialah, Titik di mana garis tersebut bertemu dan membentuk simpang empat. Hehehehe… bukan round about eh… :P

Jadi contohnya kalau korang nak ambil gambar boyfriend ke, girlfriend ke, bini ke, laki ke kan… pastu korang nak memuatkan sekali dengan pemandangan kat belakang korang tu kan. Jangan la letak diorg kat tengah-tengah frame. Letak la tepi sikit… cantik sikit gambar tu…

Lagi satu, kalu korang nak ambil gambar portrait lah kan… Seeloknye, korang compose gambar korang tu supaye bahagian mata subjek korang tu kena pada titik tu

ELEMEN YANG HARUS ADA DALAM FOTOGRAFI

Konsep dari fotografi. Pada dasarnya, fotografi adalah proses membuat gambar (image) dengan menggunakan cahaya sebagai medium. “Melukis dengan cahaya” adalah kata-kata yang selalu dikaitkan dengan fotografi. Cahaya itu sendiri yang membuat lukisan. Kalau seorang pelukis memerlukan kanvas, beberapa botol atau cat. Dalam fotografi, kita memakai alat yang berbeza untuk membuat “lukisan”, iaitu 
(1) sumber cahaya sebagai catnya kita, 
(2) alat perakam cahaya sebagai kanvas kita,
(3) alat kawalan cahaya sebagai kuasa kita. 

Namun dalam fotografi juga dikenale sebagai Element of Art (EOA). EOA dalam fotografi sangat penting kerana EOA dapat menentukan komposisi hasil dari foto itu sendiri, EOA juga dapat digunakan sebagai dasar kita dalam membuat atau mengabadikan sebuah moment. Seni dalam fotografi adalah hal yang sangat penting dan hal yang perlu diperhatikan, dan peranan EOA dalam fotografi adalah sebagai dasar dari elemen-elemen seni yang ada dalam foto.
Komposisi secara sederhana diertikan sebagai cara menata elemen-elemen dalam gambar, elemen-elemen ini menrangkumi garis, shape, form, warna, terang dan gelap. Cara anda menata komposisi dalam jendela bilik akan diinterprestasikan kemudian setelah foto anda tersebut dicetak. Yang paling utama dari aspek komposisi adalah menghasilkan visual impact- sebuah kemampuan untuk menyampaikan perasaan yang anda inginkan untuk berekspresi dalam foto anda. Dengan demikian anda perlu menata sedemikian rupa agar tujuan anda tercapai, apakah itu untuk menyampaikan kesan statik dan pegun atau sesuatu mengejutkan, beza, eksentrik. Dalam komposisi klasik selalu ada satu titik perhatian yang pertama menarik perhatian. Hal ini terjadi kerana penataan posisi, subordinasi, kontras cahaya atau intensitas subjek dibandingkan sekitarnya atau pengaturan sedemikian rupa yang membentuk arah yang membawa perhatian pengamat pada satu titik.

Secara keseluruhan, komposisi yang baik memiliki proporsi yang menyenangkan. Ada keseimbangan antara gelap dan terang, antara bentuk padat dan ruang terbuka atau warna-warna cerah dengan warna-warna redup. Pada kesempatan-kesempatan tertentu, bila dibutuhkan mungkin anda akan membutuhkan komposisi anda seluruhnya simetris. Seringkali gambar yang anda buat lebih dinamis dan secara visual lebih menarik bila anda menempatkan subjek ditengah. Anda harus menghindari sebuah garis pembagi biarpun itu vertikal.

Untuk menghindari sebuah gambar yang dinamik diperlukan juga kehadiran irama. Irama ini terjadi kerana adanya pengulangan berkali-kali sebuah objek yang berukuran kecil. Kehadiran irama dalam gambar mengesankan adanya suatu gerakan.

* Garis
jurugambar yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pengamat pada subjek utama. Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar. Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian. Tidak penting apakah garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamis.
* Shape
Salah satu formula paling sederhana yang dapat membuat sebuah foto menarik perhatian adalah dengan memberi prioritas pada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. Kita umumnya menganggap shape sebagai outline yang tercipta karena sebuah shape terbentuk, pada intinya, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualitas abstrak. Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu ramai. Untuk membuat kontras kuat antara shape dan sekitarnya yang membentuk shape tersebut. Kontras ini dapat terjadi sebagai akibat dari perbedaan gelap terang atau perbedaan warna.
Sebuah shape tentu saja tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang berisi dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar. Kita boleh ambil contoh foto yang mengandung unsur shape adalah foto shilouette, foto tersebut membandingkan objek yang dalam keadaan terang dan gelap dimana objek yang gelap atau tidak terkena cahaya atau objek di depan cahaya itu akan membentuk shape .
* Form
Ketika shape sendiri dapat mengindentifikasikan objek, masih diperlukan form untuk memberi kesan padat dan tiga dimensi. Hal ini merupakan faktor penting untuk menciptakan kesan kedalaman dan realitas. Kualiti ini tercipta dari pembentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut.
* Tekstur
Sebuah foto dengan gambar tekstur yang menonjol dapat merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika memadai, tekstur akan memberikan realisme pada foto, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subyek anda.
Tekstur dapat terlihat jelas pada dua sisi yang berbeza. Ada tekstur yang dapat ditemukan bila kita mendekatkan diri pada subyek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya bila kita ingin memotret tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula saat dimana kita harus ke belakang kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu.
Memotret tekstur dianggap berhasil bila pemotret dapat mengkomunikasikan sedemikian rupa sehingga pengamat foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut bila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur paling baik ditampilkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.
* Patterns
Pattern yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lainnya yang dapat menjadi unsur penarik perhatian utama. pengulangan itu menimbulkan kesan ritmik dan harmoni dalam gambar. Tapi, terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati.
Pattern biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut bidikan kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.

Setelah anda mempelajari dan memahami konsep dasar Element Of Art berikut adalah ebebrapa jenis komposisi yang bisa di gunakan :

* Rule of thirds
Bayangkan ada garis-garis panduan yang membentuk sembilan buah empat persegi panjang yang sama besar pada sebuah gambar. Elemen-elemen gambar yang muncul di sudut-sudut persegi panjang pusat akan mendapat daya tarik maksimum.
* Format : Horizon atau Vertikal
Proporsi empat persegi panjang pada viewinder memungkinkan kita untuk melakukan pemotretan dalam format landscape/horizontal atau vertikal/portrait. Perbezaan pengambilan format dapat menimbulkan kesan yang berbeza pada komposisi akhir. Lihatlah pada tingkap bilik secara horizontal maupun vertikal dan tentukan keputusan kreatif untuk hasil terbaik. Konsep element of art biasa digunakan dalam pengambilan gambar baik secara vertical maupun horizontal, kerana hasil dalam fotografi itu ada dua, kalau tidak horizontal pastilah vertical.
* Keep it simple
Dalam beberapa keadaan, pilihan terbaik adalah keep it simple. Sangat sulit bagi orang yang melihat sebuah foto apabila terlalu banyak titik yang menarik perhatian. Umumnya makin ramai sebuah gambar, makin kurang menarik gambar itu. Karena semakin ramai objek dalam foto, akan membingungkan objek mana yang sebenarnya kita fokuskan dan yang pesan yang ingin kita sampaikan dalam foto itu akan berbeda penafsiran dengan orang lain, yang akan mengakibatkan kurang maksima hasil dari fotokita sendiri. Cobalah memberi tumpuan pada satu titik perhatian dan maksimakan daya tariknya.
* Picture scale
Sebuah gambar yang nampak biasa namun menjadi menarik kerana ada sebuah titik kecil yang menarik perhatian. Dengan pemotretan landscape atau monument, kembangkan daya tarik pemotretan dengan menambahkan obyek yang diketahui besarnya sebagai titik perhatian untuk memberikan kesan perbandingan skala.
* Horizons
Mengubah keseimbangan langit dan tanah dapat mengubah pemandangan gambar secara radikal. Bila gambar hampir dipenuhi oleh langit akan memberikan kesan terbuka dan lebar tapi bila langit hanya disisakan sedikit di bagian atas gambar, akan timbul kesan penuh.
* Leading lines
Garis yang membawa mata orang yang melihat foto ke dalam gambar atau melintas gambar. Umumnya garis-garis ini berbentuk :
Garis-garis yang terlihat secara fizik misalnya jalan atau tidak terlihat secara langsung misalnya bayangan, refleksi.
* Be different
Barangkali ada tangkapan2 lain yang dapat diambil selain pendekatan dari depan dan memotret paralel ke tanah. Bergerak mendekat dari yang diduga seringkali menghasilkan kesan kesan yang menarik.
* Colour
Membuat bahagian dari gambar menonjol dari background. Cara utama untuk memperoleh hal ini adalah memperoleh subyek yang warna atau nadanya berbeda secara radikal dengan background.
* Framing
Bila subjek secara khusus mempunyai bentuk yang kuat, penuh frame dengan subjek. Baik itu dengan cara menggunakan lensa dengan fokus lebih panjang atau bergerak mendekati subyek.
* Shooting position
Ketika kita merasa jenuh dengan komposisi yang itu-itu saja, cobalah mengubah sudut pandang sepenuhnya. Misalnya posisi duduk ke posisi berdiri atau pengambilan bidikan dari atas atau bawah dari subyek.

Number of subject
Pemotretan dengan banyak subjek yang relatif seragam, kurang menarik dari pandangan komposisi. Temukanlah salah satu subjek yang berbeza diantara sekian banyak subjek tersebut. Berbeza dimaksudkan berbeza gerakan, bentuk dan warna.

MERAKAM GAMBAR SILHOUTTE

Untuk rakam gambar silhouette, kecerahan subjek dan latarbelakang mestilah mempunyai perbezaan kecerahan sekitar 4 stop atau lebih. Ini bermaksud, subjek dan latarbelakang mesti mempunyai perbezaan kecerahan yang ketara. Kalau subjek dan background berada dalam kecerahan cahaya yang hampir sama, gambar silhouette tak akan dapat dihasilkan.

Expose gambar anda supaya subjek menjadi under expose 4 stop atau lebih. Exposure untuk background boleh jadi normal atau over expose, bergantung kepada situasi.

Gambar silhouette boleh dirakam dalam keadaan dimana subjek berada dalam tempat gelap manakala latarbelakangnya terang. Untuk cuba teknik ini, anda boleh rakam satu subjek di dalam rumah (di tepi tingkap) dengan latarbelakangnya adalah pemandangan luar rumah diwaktu siang yang panas. Anda pasti akan dapat hasilkan silhouette.

BATERI KAMERA TU PENTING DAN HARUS DICAJ :)

Berbeza dengan kamera SLR manual zaman filem, kamera digital amat bergantung kepada bateri. Ini kerana, hampir keseluruhan komponen dalam kamera digital dikawal oleh sistem elektronik yang merangkumi auto focusing, pembacaan meter dan pelepasan shutter. Tanpa bateri, kamera digital tidak boleh digunakan sama sekali.

Dengan bateri yang baru dicas, DSLR saya boleh mendapat antara 1,000 hingga 1,300 foto tanpa menggunakan flash. Jumlah yang berbeza ini bergantung kepada tempoh kamera dalam keadaan standby, kadar penggunaan autofocus dan paparan gambar yang baru sahaja dirakam. Saya mempunyai sebuah bateri simpanan yang saya bawa ke majlis penting dan juga ketika mengikuti ekspedisi ke kawasan hutan yang terpencil.

Pengetahuan tentang keupayaan bateri dan penjagaannya membolehkan kita sentiasa memiliki peratan dalam keadaan yang bersedia. Antara perkara yang paling melecehkan ialah apabila kamera kita kehabisan bateri ketika sedang rancak mengambil gambar. Bagi jurufoto profesional, ini sudah tentu mencabar imej dan menganggu daya tugas. Kehabisan kuasa bateri selalunya lebih teruk daripada kehabisan ruang simpanan dalam kad memori.

Kebanyakan DSLR menggunakan bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Bateri ini datang dengan bentuk dan sambungan yang tersendiri untuk jenama dan model tertentu. Biasanya bateri sebegini amat mahal tetapi mampu membekalkan cas yang banyak. Kelemahannya ialah jika berlaku kecemasan, anda perlu menggunakan bateri simpanan yang sama jenis atau tunggu sehingga bateri anda siap dicas.

Pentax adalah satu-satunya sistem DSLR yang membolehkan bateri saiz AA digunakan pada kameranya. Kebiasaannya pemilik Pentax menggunakan bateri rechargable seperti yang digunakan pada unit flash tetapi jika dalam keadaan terdesak, beliau boleh menggunakan bateri alkaline biasa yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Kelebihan ini lebih bermakna apabila anda terpaksa pergi ke kawasan yang tidak membolehkan anda mengecas bateri seperti hutan atau negara yang mempunyai sistem voltage berbeza.

Apabila bateri kamera semakin lemah, foto yang dihasilkan berkemungkinan kurang baik. Sistem autofocus akan lebih lembab dan noise akan kelihatan lebih jelas. Ini kerana cas bateri yang kurang menyebabkan motor autofocus tidak mendapat kuasa yang mencukupi. Pada unit pemprosesan imej pula, kuasa yang kurang menyebabkan proses menghasilan imej menjadi kurang berkesan.

Jika bateri anda sudah lemah tetapi anda perlu mengambil gambar yang penting, beberapa kaedah mudah boleh membantu anda mendapatkan beberapa frame ekstra:

1. Matikan sistem stabilizer.
2. Matikan sistem autofocus.
3. Matikan LCD maklumat dan live view.
4. Matikan sistem noise reduction dalam kamera.
5. Jangan guna built-in flash dan AF illuminator.

Yang lebih penting, pastikan anda mengecas bateri sebelum keluar dan bawa bekalan secukupnya kerana bateri adalah nyawa kamera anda.Huhuhu kalau tidak kelam kabut jadinya

HENDAK PILIH LENSA JENIS APA YER ???

“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” - Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima daripada kawan-kawan saya. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.

Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.

Berikut ini saya senaraikan beberapa jenis lensa (mengikut focal length berdasarkan crop factor 1.5X) berdasarkan kesesuaian merakam subjek tertentu.

1. Lensa sekitar 12mm–18mm sesuai untuk merakam gambar landscape atau architechture
2. Lensa sekitar 50mm–80mm sesuai untuk merakam gambar potret
3. Lensa macro sekitar 60mm-105mm sesuai untuk merakam gambar bunga atau serangga dari jarak dekat
4. Lensa sekitar 200–400mm sesuai untuk merakam foto sukan atau hidupan liar

Selain dari itu, anda perlu tetapkan berapakah bajet anda untuk membeli lensa yang anda perlukan. Jika ditanya apakah lensa apakah yang terbaik untuk dibeli, jawapan mudahnya tentulah lensa yang paling mahal adalah lensa yang paling berkualiti bagi setiap kategori lensa tertentu. Biasanya, lensa yang mahal adalah lensa yang berkebolehan memberikan bukaan aperture maksima yang besar seperti f/2.8. Lensa yang berkualiti juga biasanya ada kelebihan istimewa lain seperti VR atau IS bagi mengurangkan risiko gegaran pada foto. Jika anda tidak mampu atau rasakan kelebihan yang ditawarkan tidak begitu bermanfaat untuk anda, anda boleh beli lensa tanpa ciri-ciri ini dengan harga yang jauh lebih murah.

Sekiranya anda seorang beginners yang suka merakam subjek biasa yang ada di sekeliling anda, penggunaan kit lens sudah memadai. Anda tidak perlu terburu-buru untuk membeli lensa tambahan. Berikan sedikit masa untuk anda lihat kecenderungan anda di dalam fotografi. Selepas beberapa bulan dan setelah mengenal pasti bidang pengkhususan anda di dalam fotografi, barulah anda perlu beli lensa tambahan.

Ada orang yang lebih cenderung merakam foto potret, ada yang cenderung merakam foto pemandangan dan ada yang cenderung merakam foto objek mikro sahaja. Setelah mengenal pasti kecenderungan anda, sesuailah jika anda beli lensa berkualti (mahal) yang khusus untuk melakukan kerja mengikut kecenderungan anda. Dengan ini, pelaburan anda akan mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lensa yang dibeli digunakan sepenuhnya dan mampu membawa anda lebih jauh dalam penghasilan karya yang berkualiti.

Seseorang yang kerap merakam objek mikro misalnya perlu membeli lensa macro berkualiti tinggi yang berharga sekitar RM3,000. Manakala seseorang yang lebih minat merakam foto hidupan liar perlu membeli lensa bersesuaian yang berkualiti seperti lensa 300mm f/2.8 yang berharga sekitar RM18,000 jika dia mampu dan sanggup berbelanja.

Nasihat saya, sebelum membeli sebarang jenis lensa tambahan, buatlah pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan kawan-kawan. Adalah tidak wajar dari segi kewangan untuk membeli lensa baru sekadar untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk mengikut perkembangan teknologi atau sekadar ingin kelihatan setaraf dengan rakan-rakan lain. Sebelum membeli sesuatu lensa tambahan, pastikan gambar yang bagaimanakah yang ingin anda dapatkan dan pastikan samada lensa yang bakal anda beli itu betul-betul boleh memberikan apa yang anda harapkan. Pastikan juga anda akan menggunakan lensa yang dibeli itu ke tahap maksima. Anda tidak perlu beli lensa yang berkualiti tinggi jika anda jarang-jarang menggunakan lensa tersebut. Untuk lensa yang jarang digunakan, anda boleh beli lensa yang lebih murah, lensa terpakai atau pinjam sahaja dari rakan-rakan.

CARA MENGGUNAKAN SPEEDLITE

Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.

Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknik ceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.

Kebebasan untuk mengawal cahaya menggunakan portable flash adakalanya digunakan dengan cara yang kurang wajar. Ada beberapa hasil karya yang saya lihat menonjolkan penggunaan portable flash yang kurang efektif sehingga mencacatkan gambar. Flash seharusnya membantu pencahayaan agar foto dapat dirakam dengan dedahan yang betul, tetapi bukti penggunaan flash harus diminimakan agar foto kelihatan lebih natural. Beberapa perkara boleh membantu agar kesan penggunaan flash kurang kelihatan. Disini ada sedikit tips untuk tatapan.

1. Gunakan diffuser atau teknik bounce. Flash yang dihalakan terus ke arah subjek tanpa diffuser akan melihatkan kesan silau. Hati-hati dengan warna permukaan yang digunakan untuk bounce.
2. Jarakkan subjek dengan sebarang objek rata seperti dinding di belakangnya. Penggunaan flash mudah menghasilkan bayang-bayang. Ini boleh dielakkan dengan mudah hanya dengan mengubah kedudukan anda agar latar belakang tidak menghasilkan bayang-bayang.
3. Walaupun penggunaan diffuser dan pantulan boleh melembutkan cahaya, kesan silau masih boleh dihasilkan jika subjek mempunyai elemen yang memantulkan cahaya. Baju putih, rim kacamata dan kepala tali pinggang besi boleh menghasilkan kesan silau. Mungkin anda ingin membuat tight crop agar objek bersinar tidak mengganggu foto tersebut.
4. Peluh menghasilkan kesan berkilauan dan selalunya kita hanya perasan apabila imej dipaparkan di skrin komputer. Elok juga jika kita periksa jika subjek berpeluh dan hulurkan tisu.
5. Ada juga punya silau yang disebabkan oleh latar belakang. Perhatikan jika terdapat kaca, cermin atau permukaan yang boleh menyebabkan pantulan.
6. Jika subjek terlalu jauh dari latar belakang, kita akan mendapat foto yang mana latar belakang adalah gelap. Gunaka ceiling bounce untuk menerangkan kawasan di belakang dan shutter yang perlahan beserta ISO tinggi.
7. Ada sesetengah manusia yang wajahnya bersegi dan mudah menampakkan kesan flash. Gunakan teknik bounce ke tepi agar mendapat side lighting.

100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI

Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis
belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan
mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.

Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan
kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat
fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling
kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas
untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large
format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable
flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack
flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous
light seperti HMI Arri.

Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih
banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.

Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar
bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan
dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah
yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang
sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik…
hanya satu dalam sejuta.

Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa
kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya
sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang
diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita
sentiasa memperbaiki diri.

Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah
segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk
mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk
berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.


p/s : Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi

Saturday 22 June 2013

Jerebu oh jerebu

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)
Entry kali ini bertemakan jerebu. Cerita tentang jerebu menjadi semakin hangat dan pling trending di dada akhbar di dada facebook di dada twitter di dada instagram di dada wechat di dada line di dada wassap di dada semua orang lah kiranya lahaipun. Semua orang sibuk mengupdate status dan berkongsi gambar tentang jerebu ni kecuali aku. Aku baru je update 2 keping gambar je pun hahaha xde la teruja sangat nk update :P . Kepada rakyat malaysia semua digalakkan kurang melakukan aktiviti luar dan meminum air masak yg banyak dan tidak lupa juga memakai mask untk mengelakkan dr diserang pelvagai jenis penyakit.. Diserang katanya ..☺º°˚˚°ºooK la itu sahaja update utk kali ini saya attachkan sekeping gambar untuk tema jerebu kali ini 
Lokasi kejadian di Kuala Selangor,Selangor

P/s jangan banyak main dkt luar rumah duduk dlm rumah mengaji lgi bagus :)

Wednesday 19 June 2013

BOOKING SLOT GAMBAR KAHWIN ANDA :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya.
Post kali ni teda apa yang best cuma nak post tentang promotion gambar kahwin yang aku buat jer :)


kepada sesiapa yang belum like page saya boleh lah klik link ini www.facebook.com/zrphotostation.
Jangan lupa untuk bertanyakan sebarang pertanyaan untuk slot gambar anda.

Okay itu sahaja baibai :)

Sunday 16 June 2013

Resepsi wani + nizam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera uols :)

Sekarang ni musim orag kahwin ke x cuti sekolah pun orang tetap akan kahwin. Aku lihat nowadays orang dah x kisah sangat pasal cuti sekolah atau tak. Bagi aku yang aku nampak mereka lebih mengutamakan tarikh perkahwinan mereka. Mungkin mereka memilih tarikh kahwin yang ada makna bagi diri mereka sendiri sebab tu lah zaman sekarang kita boleh lihat orang kahwin bila2 masa sahaja :).

Aku mcm biasa merakam detik bersejarah perkahwinan mereka. Minggu ini aku ada dua wedding yang aku pergi 1st di Kapar and kedua di Cheras.

Aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru bagi kepada semua pengantin yang melangsungkan perlahwinan mereka pada hari ini. 

Aku berbaju melayu hitam dan bertopi. Ohsem x kikiki :)

Friday 14 June 2013

Bangun Awal ? Macam mana yer ?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sekarang aku masih lagi berada di Shah Alam dan aku berjaya bangun awal pagi ni :) ☺º°˚˚°ºooK di sini aku ingin kongsikan tip atau petua bagaimana untuk bangkit dr tidur dgn mudah atau awal:

• Pertama sekali mesti lah kene tidur awal. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur korang mencukupi.
• Seterusnya pula korang yang beragama islam silalah ambil wuduk sebelum nak masuk tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal. Yang ini penting sebab apa sebab azam ini lah yang akan mengeraskan hati kita utk kita bangkit tidur awal.
• Kemudian baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Jangan lupa untuk pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.” Aku selalu amalkan ini dan secara otometik otak kita akan disetkan utk bangun awal dan boleh memulakan kerja seawal pagi.
• Yang ini seelok2nya memaafkan semua orang sebelum tidur kerana kita tidak tau ajal kita bila jadi dgn memaafkan org diri kita ni akan jd lebih tenang.
• Ha bagi yang suka sangat makan lewat malam cubalah elakkan makan makanan berat sebelum tidur. Kalau dah kenyang tu mesti tidur x ingat dunia punya lah.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur. Hehehe yang ini paham2 lah maksiat ada banyak jenis maksiat.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. 
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejut kalau tiada ibu atau rakan suruh binatang peliharaan korang yg kejutkan.. Haha pastu mesti korang akan rasa terkejut binatang pulak yg nak kejutkan korang.
Bangun awal pagi boleh lah tgk scenery mcm ni :)

P/s seeloknya cuba lah sedaya upaya untuk bangun awal kerana ponturezeki dibuka seawal2 pagi subuh tu. Jangan pula tidur selepas Subuh benda ni dulu aku selalu buat tidur pas Subuh je konfirm akan bangun pukul 10 ke 11 pagi.

Perut Buncit Ohsem hahaha tip kurangkan kebuncitan

Assalamualaikum dan selamat pagi :) kali ni post aku jam 12.11 pagi heeeee.. aku cuma nak bgtau antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit atau pun boroi menggeleber (sendiri punya perut)  adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar.

Berikut adalah 5 tip yang aku sendiri gugel dkt google dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman perut awak2 semua dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang awok hadapi yer.

1. Jus limau
Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan
Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa
Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur
Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan
Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.

*Gambar dr ihsan encik gugel :)

P/s aku rasa kalau korang nak gemuk gemuk juga susah payah je nak diet xdapat nak rasa nikmat dunia yg sementara ni kih kih kih

Jem teruk di Tol Batu 3 Shah Alam

Sudah menjadi kebiasaan aku untuk datang ke Shah Alam walaupun rumah aku di Port Dickson. Hari ni pukul 10.09 malam aku dah pun di tol batu 3 Shah Alam. Sebenarnya aku x berapa minat datang sini memandangkan assignment aku besok dekat Kapar Klang ku gagahkan jua ke Shah Alam. Shah Alam dgn Kapar tu xde lah jauh mana sekangkang kera je pun. Yang sebenarnya aku ni dulu pernah menetap di Shah Alam iaitu di Pusat komersial Seksyen 7 pada waktu tu aku muda remaja lagi dan di gelar pelajar universiti :)
Ya g sebenarnya aku nk bgtau adalah pasal jem super duper teruk tadi dkt tol ada sebiji lorry yg x begerak2 dr kaunter tiket tol. Aku rasa tiket tol dia hilang sbab tu yg lama sangat dkt situ. Ekoran dr kejadian itu maka bersusun la puluhan kereta beratur di belakang lori tersebut, nasib baik aku duduk dekat lane sebelah ;)

P/s lain kali simpan tiket tol tu betul2. Aku byk kali dah terkena insiden tiket tol tidak dijumpai bukan hilang tapi x dijumpai. X silap RM 60 kot kene bayar :) melayang duit kan. Lain kali hati2

Thursday 13 June 2013

14 Jun 2013 Bersamaan Hari Jumaat ( Keistimewaan Hari Jumaat )


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua :D

Semua orang terutama sekali bagi yang beragama islam pasti tahu akan kelebihan atau keistimewaan yang ada pada hari jumaat.
Ada juga yang jar rang jar rang kad dang kad dang tahu akan kelebihan hari Jumaat ni termasuk jugak lah aku yang pada seketika dahulu pun x tahu jugak apa keistimewaan hari Jumaat.
Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing.
Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, setahu aku pula kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin.

Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.


Berikut adalah keistimewaan Hari Jumaat :


1.  Hari Paling Mulia



Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

2.  Hari Bagi Kaum Muslimin

.
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
.
Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)


3.  Penghulu Segala Hari

.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata,“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)


4.  Hari Kebesaran Mingguan

.
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
.

5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”



.


6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi


 .

Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
.
.

7.  Hari Mustajab Berdoa

.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a.     Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b.     Pada akhir waktu Asar.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis  yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.”  (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).
.
Keterangan lanjut :-
‘Masa-masa Mustajab Berdoa di Hari Jumaat’ ~ (Klik Di Sini)
 .
.

8.  Hari Dihapuskan Dosa

.
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
.
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
.
Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.

9.  Hari Lebih Utama Bersedekah

.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
.
.

10.  Hari Meraih Pahala

.
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
.
.

11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT

.
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
.
.

12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’

.
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’,iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
.
.

13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur

.
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
.
.

14.  Hari Berlakunya Qiamat

.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan).Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga

.
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”

p/s jom la sembahyang jumaat :) posting aku sebelum pergi solat jumaat bye