Friday 14 June 2013

Bangun Awal ? Macam mana yer ?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sekarang aku masih lagi berada di Shah Alam dan aku berjaya bangun awal pagi ni :) ☺º°˚˚°ºooK di sini aku ingin kongsikan tip atau petua bagaimana untuk bangkit dr tidur dgn mudah atau awal:

• Pertama sekali mesti lah kene tidur awal. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur korang mencukupi.
• Seterusnya pula korang yang beragama islam silalah ambil wuduk sebelum nak masuk tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal. Yang ini penting sebab apa sebab azam ini lah yang akan mengeraskan hati kita utk kita bangkit tidur awal.
• Kemudian baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Jangan lupa untuk pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.” Aku selalu amalkan ini dan secara otometik otak kita akan disetkan utk bangun awal dan boleh memulakan kerja seawal pagi.
• Yang ini seelok2nya memaafkan semua orang sebelum tidur kerana kita tidak tau ajal kita bila jadi dgn memaafkan org diri kita ni akan jd lebih tenang.
• Ha bagi yang suka sangat makan lewat malam cubalah elakkan makan makanan berat sebelum tidur. Kalau dah kenyang tu mesti tidur x ingat dunia punya lah.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur. Hehehe yang ini paham2 lah maksiat ada banyak jenis maksiat.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. 
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejut kalau tiada ibu atau rakan suruh binatang peliharaan korang yg kejutkan.. Haha pastu mesti korang akan rasa terkejut binatang pulak yg nak kejutkan korang.
Bangun awal pagi boleh lah tgk scenery mcm ni :)

P/s seeloknya cuba lah sedaya upaya untuk bangun awal kerana ponturezeki dibuka seawal2 pagi subuh tu. Jangan pula tidur selepas Subuh benda ni dulu aku selalu buat tidur pas Subuh je konfirm akan bangun pukul 10 ke 11 pagi.

No comments:

Post a Comment